PAS terpaksa berubah, demi terus wujud

Aman Rais

PAS terpaksa berubah. Parti ini tidak mempunyai pilihan lain, selain dari melakukan reformasi atau penjenamaan semula. Ia perlu dilakukan demi survival (terus wujud) parti itu.

Ini yang dilakukan oleh para perwakilan di muktamar ke-51 parti itu baru-baru ini. Barisan pemimpin dan ahli-ahli PAS berharap dengan adanya kepimpinan baru yang diterajui para professional dan ulama liberal, parti itu mampu memulihkan pengaruhnya.

Setelah kecundang dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS berada dalam keadaan tertekan. Lebih-lebih lagi apabila Umno begitu agresif dan proaktif untuk memenangi hati rakyat khususnya golongan muda. (more…)

Posted: June 7, 2005 Ulasan (0)

Pas terdesak, Umno selesa

Aman Rais

Sekarang ini musim orang bermesyuarat dan bermuktamar. Sana sini orang Umno, MCA dan MIC berhimpun. Ahli-ahli Pas juga akan berkumpul di Kota Bharu pada 1 hingga 5 Jun ini untuk memilih saf pemimpin baru.

Begitulah adanya, sebulan dua ini hingga ke Julai nanti tiada cerita lain - kisah orang berpolitik sahaja hinggakan slot berita di TV kalau hujung minggu sarat dengan cerita mesyuarat parti. Membosankan!

Mesyuarat bahagian Umno sedang rancak diadakan. Setiap minggu kita dihidangkan dengan pelbagai retorik dari para pemimpin yang merasmikan mesyuarat berkenaan. (more…)

Posted: May 31, 2005 Ulasan (0)

Lupakan Universiti Umno, banyakkan peluang pekerjaan

Aman Rais

Beberapa bahagian Umno mahu parti itu menubuhkan sebuah universiti. Kononnya untuk kepentingan pendidikan dan membela masa depan orang Melayu. Kemungkinan besar cadangan dari akar umbi Umno itu akan dibawa ke perhimpunan agung parti Julai nanti.

Jika Umno memiliki sebuah pusat pengajian tinggi, ia akan seiring dengan MCA yang kini mempunyai Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar). Tetapi persoalannya sekarang, perlukan parti Melayu terbesar itu mempunyai universitinya sendiri?

Apa implikasinya nanti? Cadangan itu perlu ditimbang sehalus-halusnya kerana ia bukan semata-mata isu pendidikan, malahan akan melarat menjadi polemik politik kelak. Sebelum ini kita ada mendengar MIC mahu menaiktarafkan institusi teknikalnya di Negeri Sembilan menjadi sebuah kolej universiti, tetapi permintaanya tidak dilayan. (more…)

Posted: May 24, 2005 Ulasan (0)

Malang Harizal, tuah siapa?

Aman Rais

Sepuluh orang lagi remaja yang ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan didakwa tidak lama lagi. Seluruh negara tertanya-tanya dan ternanti-nanti siapakah mereka?

Anak siapa mereka? Apa latarbelakangnya? Apa kaum dan bangsanya? Apa sebab musabab mereka enggan menyertai program itu? Dan apa pula hukuman yang dikenakan ke atas mereka kali ini?

Selepas kontroversi hukuman ke atas pesalah PLKN yang pertama, Ahmad Harizal Ahmad Fauzie dari Kangar, Perlis, kerajaan nampaknya tidak mendapat jalan mudah dalam menangani kes ini. (more…)

Posted: May 17, 2005 Ulasan (1)

Padan muka kita!

Aman Rais

Ada satu teka-teki di kalangan orang kampung atau disebut lawak antarabangsa oleh budak-budak sekolah: Apa benda yang sentiasa turun dan sentiasa naik?

Jawabnya: Yang sentiasa turun, langsung tidak pernah naik ialah hujan. Bukan sahaja sentiasa turun, malah percuma! Yang sentiasa naik pula ialah kadar tol dan produk petroleum – diesel dan petrol. Dan satu lagi yang dalam proses untuk dinaikkan ialah gaji para menteri dan wakil rakyat! (more…)

Posted: May 10, 2005 Ulasan (0)

Alkisah 10 banglo mewah di seksyen 7…

Aman Rais

Ehem, ada orang dapat rumah baru awal bulan ini. Bukan sahaja besar, cantik dan eksklusif malah cukup dengan rumah kelab. Ada kolam renang lagi. Itulah, tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia berumah banglo. Begitulah bertuahnya nasib tujuh anggota exco kerajaan negeri Selangor dan tiga orang pegawai kanan negeri.

Masing-masing dapat banglo mewah yang baru siap di seksyen 7 Shah Alam. Kunci sudah diserahkan pada 1 Mei lalu. Tidak lama lagi kawasan perumahan mewah di atas kawasan seluas 2.6 hektar itu, akan riuh rendah dengan keluarga ahli politik dan kakitangan awam itu.

Pihak akhbar telah dilarang membuat liputan majlis penyerahan kunci yang diadakan di perkarangan kawasan perumahan eksklusif itu, Ahad lalu. Entah apa yang ditakuti kita tidak tahu. Entah apa yang hendak disembunyikan atau dirahsia pun, kita kurang arif. (more…)

Posted: May 3, 2005 Ulasan (0)

Zainul menjolok, ‘badut Parlimen’ melenting

Aman Rais

Seorang wartawan kanan akhbar NST, Zainul Ariffin menjadi sasaran beberapa ahli Parlimen minggu lalu. Ini gara-gara tulisannya yang mengkritik ahli Parlimen kerana gagal berhujah dengan bernas di Dewan Rakyat. Rencana Zainul bertajuk “Our MP are not ready for prime time TV” telah dihentam kuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dan tiga ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Kit Siang menyifatkan tulisan Zainul yang mengatakan ahli Dewan Rakyat suka bercakap mengenai isu-isu bodoh, remeh-temeh, tidak relevan dan kurang membuat “homework” sebagai tidak adil dan menghina Parlimen. Beliau mahu wartawan itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Nampaknya begitu mudah ahli-ahli Yang Berhormat (YB) kita melenting dan melatah apabila dijolok dengan kritikan yang mendedahkan kelemahan mereka. Bukan sahaja wakil rakyat BN yang terlalu “sensitif dan manja”, malah “orang tua” di Dewan Rakyat, iaitu Kit Siang, juga berperangai begitu. (more…)

Posted: April 26, 2005 Ulasan (0)

Rebranding - jangan sekadar pada kulit!

Aman Rais

Perkataan yang “in” ketika ini ialah “rebranding”. Makna mudahnya dalam bahasa Melayu ialah “penjenamaan semula”. Sedap bunyinya, ramai orang suka menyebutnya. Pak menteri, tokoh politik, tokoh korporat hingga kepada orang kampung dan kanak-kanak sekolah menyebutnya ketika ini.

Semua orang hendak buat penjenamaan semula. Untuk menonjolkan imej baru, meningkatkan keberkesanan kerja dan operasi serta menambahbaikkan produk. Terima kasih kepada Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kerana mempopularkan istilah ini sejak menerajui kementerian berkenaaan lebih setahun lalu.

Beliau nampaknya bersungguh-sungguh mahu mengubah RTM. Mahu menjadikannya badan penyiaran berwibawa. Sejak Kadir masuk, logo RTM diubah wajah, para pembaca berita yang jelita dibawa masuk dan beberapa program baru diperkenalkan. (more…)

Posted: April 19, 2005 Ulasan (0)

Zaid merajuk, lembaga disiplin tiada kredibiliti?

Aman Rais

Minggu lalu, seorang tokoh muda Umno, Datuk Zaid Ibrahim “merajuk”. Beliau kecewa setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin parti kerana melakukan rasuah politik pada pemilihan bahagian tahun lalu.

Lantas peguam tersohor itu menimbangkan untuk mengundurkan diri dari politik dan menumpukan perhatian pada perniagaannya sahaja.

Ketua Umno bahagian Kota Bharu itu merasakan dirinya dianiaya oleh pihak tertentu. Beliau pelik bagaimana lembaga disiplin boleh mendapatinya bersalah sedangkan tiada bukti-bukti kukuh dia melakukan kesalahan yang didakwa.

Zaid didakwa melanggar tata ektika 2.2 kerana terbabit dengan ejen ketika pemilihan bahagian berlangsung. Lalu beliau diberikan amaran. (more…)

Posted: April 12, 2005 Ulasan (0)