Kisah tunggul polis pencen
Hishamuddin Rais
(It is good that Dr Mahathir has come out strongly against corruption but personally, I wish he could have done more during his over 20 years in office, such as carrying out anti-corruption campaigns to create awareness of the delibitating impact of corruption).
Dr Mahathir berkata:” Saya fikir ini satu cara nak tahan saya, nak tutup mulut saya. Apa yang saya cakap ini bukan kerana saya nak cakap tetapi kerana ada orang tanya tentang rasuah. Jadi kalau tanya, saya jawablah, kalau tidak mahu, tak usah tanya saya”.
Dr Mahathir berkata beliau sampai menangis secara terbuka dan membaca doa macam-macam, meminta (orang) supaya jangan terlibat dengan rasuah sebab ini soal nilai hidup yang mulia. (Bernama 30 Mei, 18:40 PM)
‘Saya buat macam-macam (ketika menjadi Perdana Menteri) tetapi saya tak nak ceritalah apa yang dibuat. Tidak adillah kalau nak kata saya tak buat apa-apa,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Seri Kembangan semalam berhubung tulisan editor kanan The Star, Datuk Wong Chun Wai, yang disiarkan akhbar itu kelmarin. (Berita Harian 31 Mei 2005)
(more…)

