Lupakan Universiti Umno, banyakkan peluang pekerjaan
Aman Rais
Beberapa bahagian Umno mahu parti itu menubuhkan sebuah universiti. Kononnya untuk kepentingan pendidikan dan membela masa depan orang Melayu. Kemungkinan besar cadangan dari akar umbi Umno itu akan dibawa ke perhimpunan agung parti Julai nanti.
Jika Umno memiliki sebuah pusat pengajian tinggi, ia akan seiring dengan MCA yang kini mempunyai Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar). Tetapi persoalannya sekarang, perlukan parti Melayu terbesar itu mempunyai universitinya sendiri?
Apa implikasinya nanti? Cadangan itu perlu ditimbang sehalus-halusnya kerana ia bukan semata-mata isu pendidikan, malahan akan melarat menjadi polemik politik kelak. Sebelum ini kita ada mendengar MIC mahu menaiktarafkan institusi teknikalnya di Negeri Sembilan menjadi sebuah kolej universiti, tetapi permintaanya tidak dilayan. (more…)

