Minyak : mengolah persetujuan

Hishamuddin Rais

‘Kabinet hari Rabu telah memutuskan untuk menaikkan harga runcit diesel sebanyak 20 sen seliter dan harga petrol sebanyak 10 sen seliter mulai hari Khamis 5 Mei. Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, akhbar menyatakan kenaikan tersebut adalah sebagai langkah untuk membendung kenaikan subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk produk petroleum’.

Bernama, 4 Mei 2005.

‘Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Haji Ahmad Othman berkata, isu kekurangan bekalan diesel sebelum ini boleh disifatkan sebagai satu strategi bagi menaikkan harga di pasaran’.

Harakah Daily, 5 Mei 2005.

‘Selepas kecoh-kecoh ketiadaan diesel, Kerajaan BN mengumumkan kenaikan minyak Petrol dan diesel sekali lagi, semalam. Kenaikan kali ini sebanyak 10 sen seliter. Kini pelbagai pihak terasa tertipu dengan isu ketiadaan diesel sebelum ini. Ia hanya justifikasi untuk menaikkan harganya selepas rakyat termakan dengan isu itu. Ia hanya perangkap untuk rakyat terbanyak’.

Harakah Daily, laporan Basiron Wahab, 5 Mei 2005.

‘Parti Keadilan Rakyat mengutuk tindakan tergesa-gesa kerajaan dalam menaikkan harga petrol dan diesel. Pengumuman semalam berkaitan dengan kenaikan 10 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel adalah tidak wajar. Sepanjang seminggu lalu, terdapat kekurangan bekalan diesel dalam pasaran. Pihak Kerajaan telah menuduh para penyeludup dan mengugut untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka seolah-olah sengaja membiarkan situasi sedemikian bertambah buruk. Kerajaan didapati menggunakan kekurangan bekalan sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak’.

Suara Keadilan, 5 Mei 2005. (more…)

Posted: May 6, 2005 Ulasan (0)