Krisis diesel dan cara penyelesaiannya
Lee Ban Chen
Ketua pembangkang Lim Kit Siang marahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PDNHEP) Datuk Mohd Shafie Alpdal kerana asyik memberi statistik tetapi gagal memberi saranan penyelesaian krisis diesel baru-baru ini.
Kit Siang memang betul, statistik tidak dapat menggantikan saranan penyelesaian, tetapi ini tidak bermakna statistik tidak berguna. Umpamanya, dalam isu yang dibincangkan, statistik dapat membantu kita memahami bagaimana seriusnya permasalahan yang negara kita hadapi.
Umpamanya perbezaan harga subsidi diesel – 88 sen seliter – dengan harga industri – RM1.70 seliter – adalah punca kegiatan penyangak. Sesiapa yang sanggup membeli diesel pada harga subsidi dan menjualnya dengan harga lebih tinggi untuk kegunaan industri, akan mendapat keuntungan lumayan. (more…)


