Ahli Parlimen: Menghina diri atau dihina?
Lee Ban Chen
Kata yang bijaksana: Seseorang itu selalunya menghina dirinya terlebih dahulu sebelum dirinya dihinakan orang lain.
Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz diminta memberi komen mengenai kontroversi yang ditimbulkan oleh sebuah artikel dalam NST tulisan Zainul Ariffin yang bertajuk “Our MPs are not ready for prime-time TV”, beliau berhujah:
“Anggota-anggota Parlimen hanya mengundang kritikan apabila membangkitkan perkara-perkara bodoh dan tidak relevan dalam persidangan Dewan. Kalau tiada isu jangan hentam sahaja. Lebih baik diam dan biar orang kata bodoh daripada kita bercakap dan orang sahkan kita bodoh.”
Hujah ini mirip dengan falsafah ‘menghina diri sebelum dihina orang’ seperti yang tersebut di atas, walaupun Nazri berkata, ia adalah ajaran ayahnya. Dan apabila didesak dalam Dewan Rakyat, beliau kemudian terpaksa mengaku bahawa semua ahli Parlimen adalah “bijak” belaka! (more…)

