Zainul menjolok, ‘badut Parlimen’ melenting

Aman Rais

Seorang wartawan kanan akhbar NST, Zainul Ariffin menjadi sasaran beberapa ahli Parlimen minggu lalu. Ini gara-gara tulisannya yang mengkritik ahli Parlimen kerana gagal berhujah dengan bernas di Dewan Rakyat. Rencana Zainul bertajuk “Our MP are not ready for prime time TV” telah dihentam kuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dan tiga ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Kit Siang menyifatkan tulisan Zainul yang mengatakan ahli Dewan Rakyat suka bercakap mengenai isu-isu bodoh, remeh-temeh, tidak relevan dan kurang membuat “homework” sebagai tidak adil dan menghina Parlimen. Beliau mahu wartawan itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Nampaknya begitu mudah ahli-ahli Yang Berhormat (YB) kita melenting dan melatah apabila dijolok dengan kritikan yang mendedahkan kelemahan mereka. Bukan sahaja wakil rakyat BN yang terlalu “sensitif dan manja”, malah “orang tua” di Dewan Rakyat, iaitu Kit Siang, juga berperangai begitu. (more…)

Posted: April 26, 2005 Ulasan (0)