Seperti mencampak bunga, dibalas dengan tahi…
Lee Ban Chen
Mengikut yang empunya cerita, Raja rimba (Sang singa) yang terlalu tua dan uzur hanya mampu menangkap seekor anak kambing hitam yang sedang minum air dari sebatang sungai, dan hendak dijadikan makanannya. Maka berlakulah dialog berikut:
Anak kambing hitam: Ampun beribu-ribu ampun Tuanku, patik hanya minum air dari sungai, kenapa patik patut dihukum mati?
Raja rimba: Kerana engkau sudah mengotori air minuman beta.
Anak kambing hitam: Tetapi patik minum di hilir sungai, tak mungkin mengotori air minuman Tuanku di hulu sungai!
Raja rimba: Jika begitu, kerana anak beta dimakan ayah kau. (more…)

