Paspot dan sempadan

Hishamuddin Rais

Sometimes I wonder whether the world is being run by smart people who are putting us on or by imbeciles who really mean it. - Mark Twain 1835 -1910

“Aku nak kongsi pengalaman. Satu hari aku dan bapakku pergi ke Pekan Nenas (bp) pusat tahanan pendatang asing coz kawan ayah aku orang Indon. Tapi dia dah tinggal kat Malaysia lebih 8 tahun. Adik dan abangnya semua dah dapat pasport Malaysia kecuali dia…masa aku sampai kat pagar pusat tahanan pendatang asing, pengawal itu tak kasi masuk. Tapi ayah aku berkeras dan kami dibiarkan masuk dengan alasan-alasan tertentu. Semasa berbual-bual, member ayah aku cerita masa dalam tahanan, semua tahan disuruh berbogel dan hanya memakai seluar kecik dan semua disuruh tidur mencangkung (ganaz siot-ed). (more…)

Posted: March 11, 2005 Ulasan (0)

Datuk datang ke kampung kami 2

Uthaya Sankar SB

Bahagian 2

Tanpa banyak soal, saya memberanikan diri untuk menghampiri sasterawan itu. Gementar juga saya pada mulanya. Masih was-was. Saya masih ingat apa reaksi yang saya terima daripada seorang penulis karya Tamil tidak lama dahulu.

Cerpenis Tamil itu datang sewaktu diadakan ceramah umum bagi kaum India menjelang pilihan raya yang lalu. Dia datang bukan sebagai penceramah tetapi sekadar mengiringi seorang tokoh politik dari Kuala Lumpur.

Kedatangannya itu mahu saya gunakan untuk menimba ilmu tentang penulisan. Lalu saya mendekatinya. Saya memperkenalkan diri dan mula bercakap tentang beberapa karyanya yang pernah saya baca. Dia sekadar mengangguk-angguk. Malah dia tidak memberikan reaksi terhadap komen saya tentang karya-karyanya.

“Macam mana nak usahakan karya kita tersiar di akhbar?” tanya saya kepadanya. (more…)

Posted: Ulasan (0)