Renew Logout Support Cerpen - Gergasi Inovasi Sejagat
Saifullizan Tahir

Apabila kamu mendapat pesanan aku, pastinya aku sudah tiada lagi di dunia yang kamu diami ini. Aku telah mendahului kamu semua ke dunia yang lain. Mungkin kita akan bertemu lagi, tetapi itu bukan kuasaku untuk menentukannya.
Ia juga bermakna, ia telah berjaya melakukan apa yang sepatutnya ia lakukan lama dahulu. Sebelum itu, jika kamu biasa mendengar cerita tentang hamba yang menjadi raja, tentang raja yang menjadi hamba kepada sahayanya, kamu tentu dapat mengaitkan diri kepada cerita yang bakal aku sampaikan ini.
Telah berbuih mulutku cuba meyakinkan kamu semua, namun kini semuanya telah terlambat (terlambat bagiku). Sekarang terpulang kepada kamu semua untuk meneruskan perjuangan (pun jika boleh dikatakan perjuangan).
Selama ini aku digelar Don Quixote lengkap dengan pacu dan perisai berperang sendirian. Menentang gergasi yang hanya muncul di mataku sahaja. Aku ditertawa, aku dianggap paranoid dan gila. Berhalusinasi tentang benda yang tidak wujud. (more…)

